Forex 3 Jam Sehari ?
Sunday, April 20, 2008 | | |Forex (Foreign Exchange) ialah lubuk emas yang lumayan, dan anda hanya perlu 3 Jam sehari sahaja untuk berurusniaga.
Program seperti ini bukan skim saham yang diharamkan oleh kerajaan.
Elakkan dari program seumpa itu atau lebih mudah jangan sekali-kali letakkan keyakinan pada individu tertentu untuk trade untuk anda. Anda hanya perlu selangkah sahaja iaitu belajar sendiri untuk trade dan bukannya harapkan pada individu tertentu untuk trading untuk anda. Tetapi anda perlu pelajari sedikit sahaja untuk mengetahui forex ini. Perjalanan jauh, mesti menempuhi langkah pertama. Jadi, anda pasti untuk teruskan, sila bagi ruang untuk terus membaca.
Di sini saya sediakan info percuma untuk anda semua seandainya berminat, boleh juga telefon saya di 60179583243 untuk bertanya insyaAllah saya sedia membantu. Cuma satu sahaja perlu saya ingatkan saudara-saudari, jangan ambil kesempatan keterbukaan saya ini atau jual nama baik saya untuk kepentingan atau ada agenda tertentu. Waima, tujuannya satu hendak tolong antara satu sama lain di samping doakan agar saya lebih memahami dan murah rezeki.
Jika anda berjaya, janganlah kedekut, sumbangkan pada yang memerlukan walhal pada yang tidak senasib dengan kita kerana susah payah mencari rezeki di tengah yang panas atau amat naif. Lagi satu, jangan terlalu angkuh dengan apa yang kite perolehi ini dengan duduk 3 jam sahaja kita mampu dapat duit sehingga RM 1000 satu hari. Ingatlah kerana DIA lah yang memberikan kita rezeki.
Pernah dulu saya berhasrat untuk mengikuti kelas yang banyak dianjurkan oleh orang persorangan dan juga syarikat kursus forex ini. Tetapi saya tidak mampu kerana kosnya terlalu tinggi pada saya. Tapi hari ini, saudara-saudari hanya perlu teliti dan fahami dan seterusnya buat kajian demi kajian mengenai forex ini. InsyaAllah saudara-saudari akan faham forex sebenarnya tidak laa payah tetapi keyakinan dengan ilmu dan jauh dari emosi dan serta langkah-langkah berhati-hati adalah menjaminkan keuntungan yang diluar kemampuan anda. Bayangkan forex boleh memberikan $ 100 satu hari jika anda seorang berdisplin tapi boleh perolehi lebih dari itu. Tetapi perlu juka diingatkan $300 boleh hilang dalam tidak sampai setengah jam jika anda tidak teliti atau masuk market dengan membabi buta.
Di blog ini, saya bukanlah sifo atau master (gelaran yang biasa digunakan untuk bodek), insyaAllah kita sama-sama menjadi usahawan forex berjaya dan tidak mustahil jadi jutawan dalam beberapa tahun kalau kena pada caranya.
Apa yang paling penting tekadkan hati, mulakan langkah dengan trade di versi demo dahulu sebelum anda terjun dengan live. Ingat 95% adalah kerugian dalam dunia forex ini dan 300% adalah keuntungannya jika anda mampu gandakan wang anda.
Ilmu adalah penting jangan forex jika anda tidak tahu erti forex.
Hehehe..pastinya anda terfikir kenapa laa saya bersusah payah sediakan maklumat ini untuk tatapan free jea kan? Cukuplaa dengan hasil forex saya pun sudah memadai, anda tahu urusniaga forex dalam satu hari berapa? $ 2.5 trillion dolar dalam satu hari, 0.0001% dah cukup jika habuknya dimasukkan dalam poket kita kan? Jawapannya kira sendirilaa... Bagi saya, keberkatan itu adalah penting bagi saya, saya buat amal sedikit, so dalam cubaan untuk kikis sifat tamak yang ada dalam diri ini. Kalau wang banyak pun sekalipun, jika sifat tamak ada, agak-agaknya jadi ......fikirkan sendiri ya...
Forex sebenarnya tidak memerlukan apa-apa, yang penting cukup laa notebook sebuah, line streamyx atau broadband, mana-mana anda mampu trade, dari isnin hingga jumaat. Anda tidak perlu risau soal pejabat, atau sewaan apa-apa, dengan bil-bil apa-apa? Senang kan?
Yang penting, forex ini cukup mudah, anda hanya duduk depan pc di waktu lepas isyak atau 8.00 – hingga 12.00 am sahaja. Kalau dah full time tu, dari pukul 2.00 petang hinggalaa 3 pagi dan cukup. Lepas tu relax laa, dah sampai sasaran 30pips satu hari dah cukup. Maknanya, anda tidak semestinya duduk depan pc untuk mendapat beratus-ratus pip satu hari, kerana apa? Anda besar kemungkinannya losssssssssssssss
Anda faham atau masih samar-samar? Anda boleh rujuk di web site yang menyediakan maklumat pasal forex ini diinternet.
Jika anda tidak segan-segan untuk bertanya forex dengan saya silakan...saya dengan ikhlas cuba bantu anda. Akan tetapi jangan laa ada ingin duga saya dengan tahap ilmu saya, kalau sekiranya begitu anda silap orang laa...sebab mungkin saudara-saudari lebih ariff dari saya, saya hanya ingin berkongsi pengalaman sahaja. Kalau hendak suruh saya forex untuk anda pun saya tidak laa sanggup, tetapi sepertimana di atas, jangan laa jual nama saya untuk tujuan yang tidak baik.
S0QL6N2MW6, T9EZACE2YJ, EOAHO9BLOB, C8JP4UKSFT, LZDOKBWC18, BMG36VZXD8,
EP31OQGDUF, PARIFDHNWP, Z3EWENLKU5, CLVW0KN4EJ, 67E18PSEA6, D2O3OBK94K,
ZNG8U0240L, SG25FY37AZ, 0DMMK7UL36, AGWBO2S671, Y0PZHRSY2M, F459OJFH48,
FRLJ4V072C, PIDADXWR4P
atau di fxopen
Account opening within 5 minutes from any part of the world!
YM ; proksiforex
Telefon / Sms : 60179583243